Selasa, 12 Ogos 2008

SIDANG DUN TERENGGANU

SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU

Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bagi kali kedua akan berlangsung dari 13-14hb Ogos ini. Dalam sidang pertama pada 7hb Mei 2008 yang lalu kesemua 6 soalan lisan saya telah di tolak oleh Speaker dan hanya 1 soalan bertulis saya telah di jawab. Apakah yang kerajaan UMNO/BN mahu sembunyikan? Mungkin inilah demokrasi ala UMNO/BN! Sekarang tembelang mereka pecah satu demi satu….apa kabar Monsoon Cup? Apa kabar ahli lembaga syarikat T-Best Bhd yang menjadi penganjur program Monsoon Cup di Terengganu? Rugi ke untung Monsoon Cup? Rakyat Terengganu ‘mepeh sokmo’ dan ‘kena lebong sokmo’ ke?

Soalan lisan

7hb MEI 2008

  1. Apakah dasar Pertanian yang di guna pakai oleh kerajaan negeri Terengganu dan di tahap manakah stok beras dan gandum yang ada di negeri setakat ini? (DI TOLAK)

  1. Apakah status terakhir saman royalti minyak kerajaan Terengganu terhadap Petronas dan kerajaan Pusat dan berapakah jumlah rolyalti minyak yang sepatutnya di terima oleh kerajaan negeri sejak tahun 2004? (DI TOLAK)

  1. Berapa peratuskah kepentingan kerajaan negeri Terengganu di dalam syarikat T-Best Bhd yang menjadi penganjur program Monsoon Cup di Terengganu dan siapakah ahli lembaga pengarah syarikat tersebut? (DI TOLAK)

8hb MEI 2008

  1. Apakah langkah yang di ambil oleh kerajaan negeri bagi mengatasi kesesakan katil-katil pesakit di Wad kelas dua dan kelas tiga di Hospital Kuala Terengganu (HKT)? (DI TOLAK)

  1. Berapakah kadar jenayah di Terengganu antara tahun 2004-2008 dan apakah langkah-langkan yang telah di ambil bagi mengatasi jenayah seperti ragut, curi dan rogol? (DI TOLAK)

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan kepada wakil-wakil rakyat seluruh negeri Terengganu di peringkat Parlimen dan DUN setiap tahun bagi meningkatkan lagi keberkesanan mereka menjalankan tugas sebagai wakil rakyat? (DI TOLAK)

SOALAN BERTULIS

1. Berapah kadar penagihan dadah serta HIV dan Aids di negeri Terengganu dan jumlah pusat-pusat serenti yang ada di negeri ini? (DI TOLAK)

2. Berapakah jumlah pinjaman dan biasiswa yang telah di keluarkan oleh Yayasan Terengganu bagi menampung anak-anak Terengganu melanjutkan pelajaran ke IPT dalam dan luar negeri? (DI TERIMA)

3. Berapah kah jumlan sekolah-sekolah baru yang telah di bina di negeri Terengganu sejak tahun 2004 dan perincikan jumlahnya mengikut daerah? (DI TOLAK)

4. Apakah bentuk insentif yang telah di berikan kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri agar mereka dapat menjalankan tugas lebih efisyen dan baik? (DI TOLAK)

5. Apakah kedudukan terakhir pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang menghubungkan negeri Terengganu dan berapakah jumlah peruntukan yang di sediakan bagi menyiapkan projek tersebut? (DI TOLAK)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam YB,

Terima kasih atas kesungguhan YB bertugas untuk rakyat. Saya orang di dun YB menyokong pihak YB (walau bukan ahli), berasa amat bernasib baik mempunyai YB yang seorang bersungguh-sungguh dalam tugasnya. Saya juga ade melihat YB dalam rancangan Hujah di TV9 baru-baru ini. Tahniah dan selamat maju jaya.

Unknown berkata...

Salam. Semoga YB sihat sokmo dan dilindungi Allah hendaknya. Saya Wamad, orang Kg. Mengabang Tengah. tetapi lening duduk di Subang Jaya sebab isteri ngajar jqaf di sekolah dekat sini. Saya dulu bekas PTN hok kena tendang lepas bn ambik alih terengganu tahun 2004. lepas tu susoh nok boleh kerja, sampai ada panel penemuduga kata "kuat sangatlah jadi pembangkang" selepas diceritakan pengalaman kerja semasa temuduga tu. Jadi lening saya ambil upah ngajar quran, tajwid dan pend.islam kat sini, alhamdulillah. tetapi ada jugok masa sesok, terutama bila ada keperluan2 mendatang. lebih2 lagi bulan 12 biasanya saya tidak mengajar dan tiadalah upahnya. Saya mohon kalau YB dapat usulkan kes spt saya dalam dewan. saya tahu bila kes dah lebih 3 tahun, ada akta paba yang halang saman kerajaan. jadi mungkin kalau boleh dapat ex gratia lagi ke atau apa2 yang wajar. terima kasih. yg harap dicakna
wamad
wanmsr@yahoo.com