Rabu, 13 Ogos 2008

MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE- 54

Sila lawati laman web khas muktamar di : http://muktamar54.pas.org.my





Kepada seluruh perwakilan dan pemerhati, Selamat Bermuktamar.


Daripada :


YB Dr Syed Azman Syed Ahmad
ADUN N.16 Batu Burok
Terengganu

Selasa, 12 Ogos 2008

SIDANG DUN TERENGGANU

SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU

Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bagi kali kedua akan berlangsung dari 13-14hb Ogos ini. Dalam sidang pertama pada 7hb Mei 2008 yang lalu kesemua 6 soalan lisan saya telah di tolak oleh Speaker dan hanya 1 soalan bertulis saya telah di jawab. Apakah yang kerajaan UMNO/BN mahu sembunyikan? Mungkin inilah demokrasi ala UMNO/BN! Sekarang tembelang mereka pecah satu demi satu….apa kabar Monsoon Cup? Apa kabar ahli lembaga syarikat T-Best Bhd yang menjadi penganjur program Monsoon Cup di Terengganu? Rugi ke untung Monsoon Cup? Rakyat Terengganu ‘mepeh sokmo’ dan ‘kena lebong sokmo’ ke?

Soalan lisan

7hb MEI 2008

  1. Apakah dasar Pertanian yang di guna pakai oleh kerajaan negeri Terengganu dan di tahap manakah stok beras dan gandum yang ada di negeri setakat ini? (DI TOLAK)

  1. Apakah status terakhir saman royalti minyak kerajaan Terengganu terhadap Petronas dan kerajaan Pusat dan berapakah jumlah rolyalti minyak yang sepatutnya di terima oleh kerajaan negeri sejak tahun 2004? (DI TOLAK)

  1. Berapa peratuskah kepentingan kerajaan negeri Terengganu di dalam syarikat T-Best Bhd yang menjadi penganjur program Monsoon Cup di Terengganu dan siapakah ahli lembaga pengarah syarikat tersebut? (DI TOLAK)

8hb MEI 2008

  1. Apakah langkah yang di ambil oleh kerajaan negeri bagi mengatasi kesesakan katil-katil pesakit di Wad kelas dua dan kelas tiga di Hospital Kuala Terengganu (HKT)? (DI TOLAK)

  1. Berapakah kadar jenayah di Terengganu antara tahun 2004-2008 dan apakah langkah-langkan yang telah di ambil bagi mengatasi jenayah seperti ragut, curi dan rogol? (DI TOLAK)

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan kepada wakil-wakil rakyat seluruh negeri Terengganu di peringkat Parlimen dan DUN setiap tahun bagi meningkatkan lagi keberkesanan mereka menjalankan tugas sebagai wakil rakyat? (DI TOLAK)

SOALAN BERTULIS

1. Berapah kadar penagihan dadah serta HIV dan Aids di negeri Terengganu dan jumlah pusat-pusat serenti yang ada di negeri ini? (DI TOLAK)

2. Berapakah jumlah pinjaman dan biasiswa yang telah di keluarkan oleh Yayasan Terengganu bagi menampung anak-anak Terengganu melanjutkan pelajaran ke IPT dalam dan luar negeri? (DI TERIMA)

3. Berapah kah jumlan sekolah-sekolah baru yang telah di bina di negeri Terengganu sejak tahun 2004 dan perincikan jumlahnya mengikut daerah? (DI TOLAK)

4. Apakah bentuk insentif yang telah di berikan kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri agar mereka dapat menjalankan tugas lebih efisyen dan baik? (DI TOLAK)

5. Apakah kedudukan terakhir pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang menghubungkan negeri Terengganu dan berapakah jumlah peruntukan yang di sediakan bagi menyiapkan projek tersebut? (DI TOLAK)

Isnin, 4 Ogos 2008

UMNO SENDIRI 'BUNUH' MELAYU

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos (Hrkh) - PAS tidak akan mengkhianati amanah rakyat dengan bekerjasama menubuhkan kerajaan baru bersama Umno-Barisan Nasional (BN).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, tidak ada pemimpin PAS yang rasional akan menerima pelawaan Umno untuk bergabung menubuhkan kerajaan di peringkat pusat dan negeri.

"Hanya orang yang tidak rasional sahaja boleh menerima pelawaan Umno itu," ujarnya ketika berucap di Kuala Ibai, di sini baru-baru ini yang turut disertai Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Natusion.

Dr. Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok berkata, Selepas pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 sehingga menjelang pilihan raya 2008, Setiausaha Agung PAS telah menghantar tiga pucuk surat untuk bermuzakarah dengan Umno atas isu Melayu, Islam dan perkembangan semasa.

"Sementara Dewan Pemuda PAS menghantar tidak kurang dari empat pucuk surat untuk tujuan yang sama tetapi satu pun surat-surat berkenaan tidak dijawab oleh pemimpin-pemimpin Umno,"jelasnya.

Ketika PAS tidak mempunyai banyak kerusi di Parlimen, Terengganu jatuh semula ke tangan BN dan Kerajaan PAS Kelantan tidak kuat, Umno tidak layan pelawaan PAS tersebut.

"Tetapi selepas pemimpin Umno bercakaran sesama sendiri, MIC, Gerakan dan MCA, bercakaran dan berpecah, baru Umno mahu mengajak PAS bermuzakarah kononnya bagi membincangkan soal survival Melayu,"katanya.

Menurut beliau ketika Umno memerintah Terengganu 50 tahun lalu, seramai 18 peratus orang Melayu negeri itu berada di bawah paras kemiskinan sedangkan pemimpin-pemimpin Umno negeri itu hidup senang lenang mengaut kekayaan dari hasil pendapatan negeri termasuk royalti petroleum dan gas.

Ketika itu Umno membunuh Melayu dengan menjadikan bahasa Ingeris sebagai bahasa mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah seluruh negara."Umnolah yang membunuh bangsa Melayu sendiri bukan orang lain,"tegasnya. - mks._