Selasa, 22 April 2008

AIRMATA GAZA


video

Perkembangan terkini di bumi Gaza, Palestin amat membimbangkan. Tentera Zionis Israel yang didokong kuasa besar Amerika Syarikat berterusan mengepung bumi yang berkependudukan sejumlah 1.4 juta orang itu tanpa sebarang perikemanusiaan.

Mereka telah memutuskan bekalan letrik dan air serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan dari sampai kepada penduduk di Gaza. Sehingga kini mereka juga telah menangkap 9 Menteri penuh dari kerajaan HAMAS, 26 anggota Parlimen serta 18 gabenur dan ketua wilayah.

Rintihan serta tangisan penduduk Gaza ini adalah amat memilukan bagi kita semua. Pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini yang menggunakan segala kelengkapan kereta kebal, helikopter Apache buatan Amerika serta jet-jet pejuang telah membatasi segala batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.

Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah sebahagian besar dari masyarakat kita yang tidak peka untuk berbicara tentang masalah yang sedang berlaku di bumi Palestin ini. Tambahan pula boleh dikatakan semua badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan sidang Negara-Negara Islam (OIC) kesemuanya membisu seribu bahasa terhadap jenayah perang yang sedang dilakukan oleh tentera Zionis ini.

Saya sendiri setelah banyak kali terhalang akhirnya telah dapat menghubungi Dr. Mahmoud Al-Zahar Menteri Luar kerajaan HAMAS Palestin di Gaza beberapa hari yang lepas. Berikut adalah antara intipati perbualan serta pesanan beliau untuk renungan kita bersama :

"Saudara-saudara dari Malaysia, saya tahu terdapat masalah dalam pengumpulan dana bagi membantu kami di Palestin. Saya ingin nyatakan bahawa, terus kumpulkan dana untuk membantu kami. Kita mempunyai banyak sumber dan bank, kecuali yang diboikot. Kita tetap dapat menyampaikan bantuan itu kepada rakyat Palestin melalui bank, secara langsung atau cara yang lain."

Saya amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah membantu kami dan bantuan telah sampai kepada kami. Ini adalah sebahagian dari tuntutan dan kewajipan kita bersama bagi membantu saudara-saudara kita terutamanya yang sedang terkepung di Gaza sekarang ini.

Setakat ini hubungan kami dengan negara-negara Barat, seperti Sweden, Austria, Switzerland, Venezuela, China dan Sepanyol adalah baik dan hubungan yang terjalin adalah amat terbuka. Tidak ada masalah di antar kami dengan mereka.

Bahkan begitu juga dengan Kesatuan Eropah (EU), tidak semua negara memusuhi dan membenci kami. Malahan di Amerika Syarikat sendiri, mereka dari kalangan akademik, intelektual maupun kalangan wartawan amat simpati kepada kami. Mereka tidak putus-putus menghubungi kami bagi menyatakan rasa simpati terhadapi apa yang berlaku di Gaza sekarang ini.

Saya ingin memyampaikan tiga pesanan buat rakyat Malaysia. Pertama, hendaknya mereka terus mendukung perjuangan rakyat Palestin dan sentiasa mendoakan mereka walaupun jauh dari segi geographi.

Hendaknya mereka terus menyakini bahawa kami tidak akan berundur walaupun setapak dari memperjuangkan hak kami di Palestin khususnya kami sebagai pemerintah yang baru dipilih oleh rakyat Palesin secara demokrasi dan bersih.

Kami tidak akan berundur dari memperjuangkan hak kami untuk kembali, kami tidak akan berundur dalam mempertahankan tanah kami yang telah di rampas dan hak semua tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak untuk dibebaskan dari penjara Zionis Israel. Ini adalah janji kami. Kerana itu teruskan dokongan, demonstrasi dan bantuan dana mahupun moral kepada kami di Palestin.

Kedua, hendaknya berusaha keras menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat umum terhadap masalah konflik Zionis Israel–Palestin. Ini boleh disampai melalui surat, media massa, perhimpunan dan pernyataan pendapat. Ingatlah bahawa isu ini bukan konflik antara Israel–Palestin semata-mata.

Tapi ini adalah konflik perancangan Barat yang di dokong oleh Amerika Syarikat dan Zionis bagi menentang Islam dan gerakan Islam yang sedang bangkit. Atas dasar inilah kami amat mengharapkan seluruh rakyat Malaysia, parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan NGO dan media massa berusaha menyampaikan maklumat yang sebenarnya apa yang sedang berlaku di bumi Gaza Palestin. Jenayah perang sedang dilakukan oleh tentera Zionis Israel dengan dokongan Amerika Syarikat dan sekutunya.

Ketiga, hendaknya seluruh rakyat Malaysia dan setiap mereka yang ikhlas memahami bahawa ‘kesatuan nasional’ adalah matlamat kami. Secara mutlak, kami tidak akan sekali-kali terjebak dalam perang saudara dan tidak akan mengangkat senjata menghadapi saudara sesama kami.

Adapun orang-orang yang melakukan kekacauan dengan menggunakan senjata, itu adalah unsur-unsur yang jahat dan mereka menjadi agen yang ditugaskan untuk menimbulkan masalah dan konflik di antara rakyat Palestin.

Mereka ingin menunjukkan bahawa gerakan HAMAS berlumuran dengan darah bangsa Palestin sendiri. Kami berjanji sesungguhnya kami dari HAMAS tidak akan terjebak dalam hal ini dan tetap berpegang pada kesatuan nasional. Musuh kami adalah Zionis Israel yang akan kami perangi hingga titisan darah yang terakhir.

Dan kami ingin menyampai berita bahawa seluruh rakyat Palestin kini sedang berada di belakang HAMAS. Walaupun kamu sedang dikepung oleh tentera Zionis Israel di segenap sudut dan menghadapi ujian yang amat getir, namun kami amat yakin dengan janji-janji Allah swt. terhadap mereka yang berjuang serta membela bumi suci Palestin dan masjid Al-Aqsa.

Inilah pesanan yang di sampaikan kepada kita semua di Malaysia. Sama-sama kita mengambil renungan dan berdoa agar kejahatan Zionis Israel akan hancur jua dan saudara-saudara kita di bumi suci Palestin di lindungi oleh Allah swt., Insyallah.

Khamis, 17 April 2008

N.16 DUN BATU BUROK

01. Mengabang Tengah.
02. Masjid Mengabang Tengah
03. Lorong Haji Da
04. Berek Hospital
05. Kampung Pantai Batu Burok
06. Kuala Ibai
07. Kuala Ibai Pantai
08. Padang Negara
09. Kampung Kolam, Kuala Ibai
10. Batu 5 Gong Kemunting
11. Kampung Tok Adis
12. Kampung Banggol Kuala Ibai
13. Taman Purnama
14. Kampong Nibung
15. Kampung Nibung Atas
16. Gong Pak Maseh
17. Gong Tok nasek
18. Gong Baru
19. Flat Gelong Bilal
20. Bukit Depu
21. Kampung Raja Baran
22. Kubang Ikan
23. Jalan Budiman
24. Gelong Gajah
25. Gong Parit
26. Masjid Haji Kadir
27. Kampung Nibung Hilir
28. Kg Padang Gong Pak Maseh
29. Chendering
30. Chendering Pantai
31. Simpang 4 Chendering
32. Kampung Aur Chendering
33. Kampung Rajawali Chendering
34. Pantai Pandak Chendering
35. Taman Permin Jaya
36. Bukit Batu Putih

Ahad, 13 April 2008


PENGUMUMAN N16 DUN BATU BUROK MOLEK DOH WEH

Terima kasih kerana mengunjungi kami dan mengambil bahagian dalam Satu Kad Seribu Doa

untuk YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Kami akan mengumpul seberapa banyak ucapan dan akan menyerahkan salinan dalam bentuk digital kepada YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi dalam masa yang terdekat.

Sekian teruskan dengan ucapan untuk mencapai jumlah terkumpul tertinggi dan salam perjuangan untuk semua.

YBN16 DUN BATU BUROK MOLEK DOH WEH.

video

Jumaat, 11 April 2008

Selamat Berjuang

Untuk semua pemuda yang cintakan perjuangan dan pengorbanan

Assalamualaikum wmt wbt,
Sallam perjuangan buat semua di tanahair yang tercinta

Rabu, 9 April 2008

Siapa Dr Syed Azman?


YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi adalah aktivis yang memperjuangkan sebuah “Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan” bersama Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan berasal dari Jalan Tekukur, Kuala Terengganu dan dilahirkan pada tahun harimau 1962.


PENDIDIKAN

Pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1 dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Kemudian melanjutkan pelajaran di UITM dalam Diploma Business Studies. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Masters Public Admin Indiana State Univerity, Amerika Syarikat. Berjaya mendapat Masters dalam Political Science. Indiana State University, Amerika Syarikat. Doktor Falsafah (PHD) dalam Political Science, Birmingham University, United Kingdom.


PENGALAMAN KERJA DAN PERKHIDMATAN

  • Penyelidik dan pensyarah di Indiana State University, USA.
  • Mendapat anugerah fellowship di Japan Institute of Tokyo, Jepun.
  • Pensyarah sains politik di Universiti Malaya (UM)
  • Pensyarah sains politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • Ahli Parlimen Kuala Terengganu (1999- Mac 2004).


PENGALAMAN PERINGKAT ANTARABANGSA


  • Ahli lembaga ‘hak asasi Palestin’ Berpusat di Beirut, Lebonan.
  • Ahli lembaga Nasional Democratic Insitiute, Washington, USA.
  • Ahli Asia Election Watch, yang berpusat di Bangkok, Thailand.

  • Anggota pemerhati bebas pilihan raya umum di Indonesia, Thailand dan Kemboja di bawah naungan Carter Center, USA dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
  • Membentangkan banyak kertas kerja di seminar antarabangsa seperti di Australia, Indonesia, Thailand, Korea, Jepun dan lain-lain negara.


STATUS PERKAHWINAN


Berkahwin dengan Dr. Che Noraini Hashim, Penolong Professor di Institute Of Education, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berkat kesabaran dan ketekunan Yb Dr Syed Azman dilengkapkan dengan 5 orang cahaya mata.






PERUBAHAN BERMULA DI SINI

Janji Perubahan bukanlah sebagai satu ungkapan manis semasa pilihanraya untuk meraih undi. Janji itu adalah harapan yang telah direalisasikan pengundi dengan kepercayaan memberikan undian. Terima Kasih kepada semua. Kenapa mereka memerlukan perubahan? Apakah bentuk perubahan yang diimpikan mereka? Tidak ketinggalan ialah soal siapa yang perlu melakukan perubahan.


Di sini saya ingin menggariskan perkara utama untuk melakukan perubahan ialah soal keberanian. Tanpa keberanian tidak akan berlaku perubahan. Oleh kerana itulah saya percaya keberanian adalah asas untuk melakukan perubahan yang akan menjanjikan sebuah kemenangan dengan kekuasaan. Kerajaan yang berlaku adil akan sentiasa akan menjadi pilihan rakyat dalam setiap pilihanraya. Apa yang jelas ialah kerajaan yang suka memilih tidak akan dipilih.


Kesedaran rakyat yang memuncak menuntut keadilan telah dibuktikan dalam pilihanraya yang lalu. Namun begitu masih tidak berlaku perubahan secara total di Terengganu dan kenapa? Anda mungkin punya pendapat dan pandangan tersendiri kenapa dan kenapa tidak dikongsi bersama di sini, itu pun kalau ada yang berani.


Tahukah anda? Rakyat Terengganu secara keseluruhan sudah penat doh weh dengan BN yang tidak adil dan zalim dari pemimpin hingga yang dipimpin. Impian pemimpin yang menjadi reality. Cuma kebelakangan ini impian Idris yang tinggal fantasi.


Anda setuju?


Untuk menjana sesebuah perubahan yang mampu menggegar, kita perlu ada “kualiti” sebagai sebuah parti atau organisasi yang kuat yang mampu menang dan bukan sekadar mahu menang sahaja. Parti yang kuat lahir dari integriti ahli yang membuatkan parti disegani. Itu pandangan saya, anda bagaimana?

Kesefahaman dalam parti yang membawa integriti (itu yang tiada dalam UMNO dan BN sekarang) dalam organisasi. Parti yang berkualiti ialah kombinasi ahli-ahli yang mementingkan integriti dalam parti dan memiliki sifat-sifat seperti berikut:


1.KOMITED iaitu ahli yang bertanggung jawab dalam cakap dan buat. Mendahului parti sebelum diri dan boleh memikul tanggungjawab.


2.BERDEDIKASI iaitu bersungguh-sungguh bila cakap dan buat. Membantu memperkukuhkan parti dan) bukan populariti diri.


3.BERMOTIVASI iaitu ahli yang sentiasa bersemangat dan tiada apa yang mampu menghalang walau pun soal peribadi.

4.RASIONAL Bertimbang rasa, munasabah, logik, muhasabah, ukur baju di badan sendiri, mahu dan mampu, serta sanggup melakukan apa saja untuk mengelak perpecahan dalam parti mahu pun komuniti.


5.POSITIF Percaya setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. yang kuat disokong supaya menjadi perkasa dan yang lemah dibantu agar berjaya. Mementingkan kejayaan bersama bukan sendiri-sendiri.


6.AHLI CONTOH Mempunyai keikhlasan dalam perjuangan dan jujur dalam cakap dan buat serta tulus dalam tersirat dan tersurat.


Saya menyahut cabaran perubahan yang diidamkan seluruh warga N16 Dun Batu Burok untuk melihat perubahan. Anda juga sudah tentu mahu melihat peruhan itu terlaksana dan tentu anda punya cadangan tersendiri. Kenapa tidak ajukan kepada saya di sini dan kita jadikan ruangan ini sebagai ruangan anda untuk menyumbang kearah perubahan di DUN N16 Batu Burok.

Anda berani?