Perkembangan yang amat menarik di Timur Tengah sejak akhir-akhir ini adalah arus kebangkitan yang mendesak kearah hak-hak ‘kebebasan bersuara’ dan ‘pendemokrasian’ yang melanda rantau itu. Tuntutan ini di pelupori oleh pertubuhan-pertubuhan Islam serta parti-parti politik liberal yang kembali menuntut hak mereka secara terbuka untuk bersama-sama terlibat secara bebas dan adil dalam proses demokrasi dan pilihanraya.
Amerika Syarikat pula yang merupakan kuasa terunggul yang menentukan percaturan di Timur Tengah di dalam reaksinya seolah-olah memberi ‘lampu hijau’ kepada perubahan pendemokrasian di rantau ini. Mereka secara terbuka telah menggesa agar di berikan hak serta kebebasan di dalam amalan serta proses demokrasi. Reaksi ini merupakan suatu ‘policy shift’ yang baru di dalam penilaian
Malahan beberapa siri pertemuan dan dialog di antara pembuat polisi di Washington dengan pimpinan gerakan Islam yang di anggap ‘radikal dan ekstrimis’ di Timur Tengah dan negara-negara Islam telah di adakan. Perubahan polisi ini adalah akibat dari saranan beberapa ‘think thank’ yang berpengaruh di Washington agar kerajaan Amerika Syarikat ‘listen and talk’ (mendengar dan berbincang) dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam di Timur Tengah serta negara-negara Islam.
US Commissionon International Religious Freedom (USCIRF), sebuah think-thank yang menasihatkan Presiden Bush, Kongress serta Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai hak dan kebebasan agama telah mengatur pertemuan dengan pemimpin-pemimpin kanan Ikhwan Muslimun di Mesir. Malahan Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menggariskan satu memo agar diadakan dialog dan perbioncangan secara berterusan dengan pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimun. Mereka juga telah menganjurkan seminar US-Islamic World Forum di Doha,
Perkembangan ini amat menarik kerana Ikhwan Muslimun adalah pergerakan yang ‘diharamkan’ sejak berpuluh-puluh tahun di kebanyakan negara di Timur Tengah. Malahan kebanyakan pimpinan tertinggi pertubuhan ini di penjara dan puluhan ribu pengikutnya di kenakan pelbagai tindakan oleh pemerintah. Mereka tidak dibenarkan langsung untuk terlibat dalam apa jua bentuk aktiviti bersifat politik yang dianggap boleh mengancam pemerintah.
Lebih menarik lagi apabila pegawai-pegawai tinggi Washington di seminar US-Islamic World Forum di Doha turut menegaskan bahawa mereka bersedia ‘menerima’ penglibatan kumpulan-kumpulan Islam yang sebelum ini di labelkan sebagai ‘terroris dan pengganas’ seperti Hamas di Palestin dan Hizbullah di Lubnan di dalam proses pendemokrasian tetapi pertubuhan ini mesti memahami ‘the rules of the game’. Malah Peter Singer dari Brookings Institute yang berpengkalan di
Selain dari itu, European Union (EU) juga telah membuat ‘perubahan polisi’ apabila mereka membuat keputusan agar di buka ‘pintu dailog’ dengan pimpinan pertubuhan-pertubuhan Islam di Timur Tengah bagi menggalakkan lagi transisi kearah pendemokrasian. EU melihat bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam di
Persoalannya apakah ‘new policy shift’ Amerika Syarikat serta EU kearah pendemokrasian di Timur Tengah ini sudah mula merobah sikap serta prejudis mereka terhadap pertubuhan-pertubuhan Islam untuk turut sama terlibat didalan proses demokrasi?
Yang pastinya sejak sekian lama pertubuhan serta gerakan Islam yang dilihat dari kacamata Washington sinonim dengan ‘fundamentalis’, ‘radikal’, ‘militan’, ‘fanatik’ atau ‘ekstrimis’. Yang digambarkan adalah sekelompok Muslim yang berjambang serta menunjukkan sifat-sifat ‘bengis’ dan ‘ganas’. Lebih parah lagi apabila polisi
Namun terlalu banyak persoalan yang perlu di jawab oleh pembuat polisi di Washington. Apakah mereka telah bersedia untuk merubah polisi luarnya di Timur Tengah serta negara-negara Islam yang selama ini bersifat ‘hostile’ dan ‘dangerous’? Profesor Bahram Fozooni, seorang pakar perhubungan Antarabangsa dari University of California menyatakan bahawa ada empat faktor utama yang mendorong polisi ‘double standard’ ini;
Pertamanya pengaruh rejim Zionis
Keduanya, negara Arab yang dianggap ‘sederhana’ adalah merupakan sekutu rapat
Ketiganya selepas kehancuran
Dan akhirnya pihak risikan Amerika seperti CIA dan FBI terus menerus meletakkan bahawa pertubuhan serta gerakan Islam adalah amat bahaya kepada masadepan Amerika dalam arena politik antarabangsa. Cadangan-cadangan yang di berikan untuk menghadapi pertubuhan-pertubuhan Islam adalahg bersifat “menghapuskan terroris dan pengganas”.
Persoalannya apakah Washington telah bersedia menerima kenyataan bahawa konflik yang berlaku di bumi Palestin dan Iraq dengan jelas menunjukkan sikap ‘berat sebelah’ polisinya ‘untuk mempertahankan pencabulan undang-undang antarabangsa’? Apakah
Namun yang jelas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan