Rabu, 9 April 2008

Siapa Dr Syed Azman?


YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi adalah aktivis yang memperjuangkan sebuah “Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan” bersama Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan berasal dari Jalan Tekukur, Kuala Terengganu dan dilahirkan pada tahun harimau 1962.


PENDIDIKAN

Pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1 dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Kemudian melanjutkan pelajaran di UITM dalam Diploma Business Studies. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Masters Public Admin Indiana State Univerity, Amerika Syarikat. Berjaya mendapat Masters dalam Political Science. Indiana State University, Amerika Syarikat. Doktor Falsafah (PHD) dalam Political Science, Birmingham University, United Kingdom.


PENGALAMAN KERJA DAN PERKHIDMATAN

  • Penyelidik dan pensyarah di Indiana State University, USA.
  • Mendapat anugerah fellowship di Japan Institute of Tokyo, Jepun.
  • Pensyarah sains politik di Universiti Malaya (UM)
  • Pensyarah sains politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • Ahli Parlimen Kuala Terengganu (1999- Mac 2004).


PENGALAMAN PERINGKAT ANTARABANGSA


  • Ahli lembaga ‘hak asasi Palestin’ Berpusat di Beirut, Lebonan.
  • Ahli lembaga Nasional Democratic Insitiute, Washington, USA.
  • Ahli Asia Election Watch, yang berpusat di Bangkok, Thailand.

  • Anggota pemerhati bebas pilihan raya umum di Indonesia, Thailand dan Kemboja di bawah naungan Carter Center, USA dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
  • Membentangkan banyak kertas kerja di seminar antarabangsa seperti di Australia, Indonesia, Thailand, Korea, Jepun dan lain-lain negara.


STATUS PERKAHWINAN


Berkahwin dengan Dr. Che Noraini Hashim, Penolong Professor di Institute Of Education, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berkat kesabaran dan ketekunan Yb Dr Syed Azman dilengkapkan dengan 5 orang cahaya mata.

4 ulasan:

Fahmi Azizi berkata...

dun batu buruk i respect you!!

Tanpa Nama berkata...

mang

kite saing skoloh dari ss1 (jadi buleh agi la panggil nama je deh) sama ngan wan farid dll.

pegang amanoh moleh deh, kalu feel mung masih same nge mase skoloh dulu, kira bereh la tu

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
tuan DR dan YB boleh ambe panggil gitu?
pertama ambe nak perkenalkang diri ni dulu..
ambe anak tganu tuling...dah lama meninggalkan kampun halamang,senantiasa berada di TKO...selang beberapa jam mesti duk hadap pc/laptop membaca yang terkini...sedih kerana perjuangan DR dan YB lain blom berjaya...mungkin ambe tidak mengundi di sana kot..tp ambe amat berbangga tahap giler pasal Yb Azmin dan Yb Saari Sungip sudah menang...sentiasa mencari peluang untuk berbicara dengan YB2 dari PR di alam maya..dah tercapai kerana jumpa blog YB termasuk mat ali n mat khir...dan soalan cepumas untuk YB guane pulok ngan babi2 kat melaka tu sampai skrg matalirustang dan drkhir.blog spot tak jawab pertanyaan ambe...YB tlg komen...

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum YB,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat. Saya amat berbesar hati kerana pimpinan PAS mempunyai barisan Pemimpin yg berkaliber seperti YB. Diharap kita sama2 berjuang, insyaAllah perjuangan kita akan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Takbirrr!!! Allahu'akbarrr!!!