Perkembangan terkini di bumi Gaza, Palestin amat membimbangkan. Tentera Zionis Israel yang didokong kuasa besar Amerika Syarikat berterusan mengepung bumi yang berkependudukan sejumlah 1.4 juta orang itu tanpa sebarang perikemanusiaan.
Mereka telah memutuskan bekalan letrik dan air serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan dari sampai kepada penduduk di Gaza. Sehingga kini mereka juga telah menangkap 9 Menteri penuh dari kerajaan HAMAS, 26 anggota Parlimen serta 18 gabenur dan ketua wilayah.
Rintihan serta tangisan penduduk Gaza ini adalah amat memilukan bagi kita semua. Pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini yang menggunakan segala kelengkapan kereta kebal, helikopter Apache buatan Amerika serta jet-jet pejuang telah membatasi segala batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.
Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah sebahagian besar dari masyarakat kita yang tidak peka untuk berbicara tentang masalah yang sedang berlaku di bumi Palestin ini. Tambahan pula boleh dikatakan semua badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan sidang Negara-Negara Islam (OIC) kesemuanya membisu seribu bahasa terhadap jenayah perang yang sedang dilakukan oleh tentera Zionis ini.
Saya sendiri setelah banyak kali terhalang akhirnya telah dapat menghubungi Dr. Mahmoud Al-Zahar Menteri Luar kerajaan HAMAS Palestin di Gaza beberapa hari yang lepas. Berikut adalah antara intipati perbualan serta pesanan beliau untuk renungan kita bersama :
"Saudara-saudara dari Malaysia, saya tahu terdapat masalah dalam pengumpulan dana bagi membantu kami di Palestin. Saya ingin nyatakan bahawa, terus kumpulkan dana untuk membantu kami. Kita mempunyai banyak sumber dan bank, kecuali yang diboikot. Kita tetap dapat menyampaikan bantuan itu kepada rakyat Palestin melalui bank, secara langsung atau cara yang lain."
Saya amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah membantu kami dan bantuan telah sampai kepada kami. Ini adalah sebahagian dari tuntutan dan kewajipan kita bersama bagi membantu saudara-saudara kita terutamanya yang sedang terkepung di Gaza sekarang ini.
Setakat ini hubungan kami dengan negara-negara Barat, seperti Sweden, Austria, Switzerland, Venezuela, China dan Sepanyol adalah baik dan hubungan yang terjalin adalah amat terbuka. Tidak ada masalah di antar kami dengan mereka.
Bahkan begitu juga dengan Kesatuan Eropah (EU), tidak semua negara memusuhi dan membenci kami. Malahan di Amerika Syarikat sendiri, mereka dari kalangan akademik, intelektual maupun kalangan wartawan amat simpati kepada kami. Mereka tidak putus-putus menghubungi kami bagi menyatakan rasa simpati terhadapi apa yang berlaku di Gaza sekarang ini.
Saya ingin memyampaikan tiga pesanan buat rakyat Malaysia. Pertama, hendaknya mereka terus mendukung perjuangan rakyat Palestin dan sentiasa mendoakan mereka walaupun jauh dari segi geographi.
Hendaknya mereka terus menyakini bahawa kami tidak akan berundur walaupun setapak dari memperjuangkan hak kami di Palestin khususnya kami sebagai pemerintah yang baru dipilih oleh rakyat Palesin secara demokrasi dan bersih.
Kami tidak akan berundur dari memperjuangkan hak kami untuk kembali, kami tidak akan berundur dalam mempertahankan tanah kami yang telah di rampas dan hak semua tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak untuk dibebaskan dari penjara Zionis Israel. Ini adalah janji kami. Kerana itu teruskan dokongan, demonstrasi dan bantuan dana mahupun moral kepada kami di Palestin.
Kedua, hendaknya berusaha keras menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat umum terhadap masalah konflik Zionis Israel–Palestin. Ini boleh disampai melalui surat, media massa, perhimpunan dan pernyataan pendapat. Ingatlah bahawa isu ini bukan konflik antara Israel–Palestin semata-mata.
Tapi ini adalah konflik perancangan Barat yang di dokong oleh Amerika Syarikat dan Zionis bagi menentang Islam dan gerakan Islam yang sedang bangkit. Atas dasar inilah kami amat mengharapkan seluruh rakyat Malaysia, parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan NGO dan media massa berusaha menyampaikan maklumat yang sebenarnya apa yang sedang berlaku di bumi Gaza Palestin. Jenayah perang sedang dilakukan oleh tentera Zionis Israel dengan dokongan Amerika Syarikat dan sekutunya.
Ketiga, hendaknya seluruh rakyat Malaysia dan setiap mereka yang ikhlas memahami bahawa ‘kesatuan nasional’ adalah matlamat kami. Secara mutlak, kami tidak akan sekali-kali terjebak dalam perang saudara dan tidak akan mengangkat senjata menghadapi saudara sesama kami.
Adapun orang-orang yang melakukan kekacauan dengan menggunakan senjata, itu adalah unsur-unsur yang jahat dan mereka menjadi agen yang ditugaskan untuk menimbulkan masalah dan konflik di antara rakyat Palestin.
Mereka ingin menunjukkan bahawa gerakan HAMAS berlumuran dengan darah bangsa Palestin sendiri. Kami berjanji sesungguhnya kami dari HAMAS tidak akan terjebak dalam hal ini dan tetap berpegang pada kesatuan nasional. Musuh kami adalah Zionis Israel yang akan kami perangi hingga titisan darah yang terakhir.
Dan kami ingin menyampai berita bahawa seluruh rakyat Palestin kini sedang berada di belakang HAMAS. Walaupun kamu sedang dikepung oleh tentera Zionis Israel di segenap sudut dan menghadapi ujian yang amat getir, namun kami amat yakin dengan janji-janji Allah swt. terhadap mereka yang berjuang serta membela bumi suci Palestin dan masjid Al-Aqsa.
Inilah pesanan yang di sampaikan kepada kita semua di Malaysia. Sama-sama kita mengambil renungan dan berdoa agar kejahatan Zionis Israel akan hancur jua dan saudara-saudara kita di bumi suci Palestin di lindungi oleh Allah swt., Insyallah.
1 ulasan:
Assalamu'alaikum wr wb
Harap layari Parliament News.
Juga, ada latest updates dari blog MP dan Adun PAS yg saya jumpa dia punya feed dan boleh dibaca oleh Google Reader dalam blog saya (di sidebar paling kanan bawah iklan). Yg saya tak jumpa dia punya feed yg boleh dibaca oleh Google Reader, tak upaya la...
Tapi tak payah pautkan (link) blog saya di blog anda sebab blog saya blog beracun.
Blog saya yg mungkin tidak beracun (mungkin) ialah Malaysiakita yg mengandungi updates terkini dari blog-blog lain.
Wassalam.
Catat Ulasan