Rabu, 9 April 2008






PERUBAHAN BERMULA DI SINI

Janji Perubahan bukanlah sebagai satu ungkapan manis semasa pilihanraya untuk meraih undi. Janji itu adalah harapan yang telah direalisasikan pengundi dengan kepercayaan memberikan undian. Terima Kasih kepada semua. Kenapa mereka memerlukan perubahan? Apakah bentuk perubahan yang diimpikan mereka? Tidak ketinggalan ialah soal siapa yang perlu melakukan perubahan.


Di sini saya ingin menggariskan perkara utama untuk melakukan perubahan ialah soal keberanian. Tanpa keberanian tidak akan berlaku perubahan. Oleh kerana itulah saya percaya keberanian adalah asas untuk melakukan perubahan yang akan menjanjikan sebuah kemenangan dengan kekuasaan. Kerajaan yang berlaku adil akan sentiasa akan menjadi pilihan rakyat dalam setiap pilihanraya. Apa yang jelas ialah kerajaan yang suka memilih tidak akan dipilih.


Kesedaran rakyat yang memuncak menuntut keadilan telah dibuktikan dalam pilihanraya yang lalu. Namun begitu masih tidak berlaku perubahan secara total di Terengganu dan kenapa? Anda mungkin punya pendapat dan pandangan tersendiri kenapa dan kenapa tidak dikongsi bersama di sini, itu pun kalau ada yang berani.


Tahukah anda? Rakyat Terengganu secara keseluruhan sudah penat doh weh dengan BN yang tidak adil dan zalim dari pemimpin hingga yang dipimpin. Impian pemimpin yang menjadi reality. Cuma kebelakangan ini impian Idris yang tinggal fantasi.


Anda setuju?


Untuk menjana sesebuah perubahan yang mampu menggegar, kita perlu ada “kualiti” sebagai sebuah parti atau organisasi yang kuat yang mampu menang dan bukan sekadar mahu menang sahaja. Parti yang kuat lahir dari integriti ahli yang membuatkan parti disegani. Itu pandangan saya, anda bagaimana?

Kesefahaman dalam parti yang membawa integriti (itu yang tiada dalam UMNO dan BN sekarang) dalam organisasi. Parti yang berkualiti ialah kombinasi ahli-ahli yang mementingkan integriti dalam parti dan memiliki sifat-sifat seperti berikut:


1.KOMITED iaitu ahli yang bertanggung jawab dalam cakap dan buat. Mendahului parti sebelum diri dan boleh memikul tanggungjawab.


2.BERDEDIKASI iaitu bersungguh-sungguh bila cakap dan buat. Membantu memperkukuhkan parti dan) bukan populariti diri.


3.BERMOTIVASI iaitu ahli yang sentiasa bersemangat dan tiada apa yang mampu menghalang walau pun soal peribadi.

4.RASIONAL Bertimbang rasa, munasabah, logik, muhasabah, ukur baju di badan sendiri, mahu dan mampu, serta sanggup melakukan apa saja untuk mengelak perpecahan dalam parti mahu pun komuniti.


5.POSITIF Percaya setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. yang kuat disokong supaya menjadi perkasa dan yang lemah dibantu agar berjaya. Mementingkan kejayaan bersama bukan sendiri-sendiri.


6.AHLI CONTOH Mempunyai keikhlasan dalam perjuangan dan jujur dalam cakap dan buat serta tulus dalam tersirat dan tersurat.


Saya menyahut cabaran perubahan yang diidamkan seluruh warga N16 Dun Batu Burok untuk melihat perubahan. Anda juga sudah tentu mahu melihat peruhan itu terlaksana dan tentu anda punya cadangan tersendiri. Kenapa tidak ajukan kepada saya di sini dan kita jadikan ruangan ini sebagai ruangan anda untuk menyumbang kearah perubahan di DUN N16 Batu Burok.

Anda berani?

Tiada ulasan: